Sekali lagi KakiGolf telah menerima undangan daripada MGF Indonesia untuk mengadakan acara golf persahabatan buat kali kedua. Awal bulan Mei ini telah dipilih sebagai waktu pertemuan buat kali kedua ini.
Buat mereka yg baru saja mengikuti ... Acara ini merupakan suatu acara salam pengenalan yg bertujuan utk memupukan talian ukhwah dan siratulrahim di antara penggemar sukan golf dari dua buah negara serumpun.
Acara Ini bukanlah suatu pertandingan golf, akan tetapi lebih kepada aktiviti kemasyarakatan untuk mempereratkan lagi persaudaraan sesama golfers serantau. Walau dipisahkan oleh sempadan negara, kerakyataan yang berlainan, namun sebenarnya terdapat lebih banyak persamaan daripada perbezaan.
Di harap dgn adanya acara sebegini rupa, maka kesemua pencinta golf kedua buah negara ini dpt digabungkan di bawah satu bumbung dan satu naungan, ia itu atas kegemaran dan minat kami terhadap sukan golf.